Cerita Ceritet

Cerita Ceritet
Citer aper ek

Tuesday, December 21, 2010

LABU

Kalau sebut Labu, apa benda pertama bermain di fikiran korang semua?


Buah labu?


Serawa Labu? Serawa tu pengat yer.


Masak Lemak Labu 

OR.....


CITER LABU LABI :)


He!he!he! Kalau nak tau, nie ler cerita Seniman P.Ramlee yang makcik suka selain daripada citer Bujang Lapuk. Kalau nak tengok citer nie boleh ler beli CD or tengok jer kat You tube


Tapi hari nie nak citer pasal Labu lain, bukan pasal Mak Labu tapi pasal Labu Sayong. Tahu tak aper tu Labu Sayong? Saper orang Perak angkat tangan! Hmm... kalau tak tau memang bukan orang Perak.

Ha.. cuba baca petikan dari Wikipedia nie:

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjungpadisenduduklawangcengkih dan pucuk rebung.
Kalau nak tau lagi sila sambung di sini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Labu_sayong

Apa yang makcik nak kongsi adalah tentang khasiat labu sayong nie selain dari airnya yang sejuk semulajadi air dari labu sayong nie jugak boleh sejukkan badan kita dan juga boleh mengurangkan batuk kalau kita minum air nie waktu malam. Dulu-dulu tok nenek kita bantai air nie jer kalau rasa badan panas atau batuk-batuk. Maklumlah labu sayong nie dibuat dari tanah liat jadi banyak khasiat daripada mineral tanah liat nie. 
Airnya pulak sejuk oooo, sejuk dia lain dari sejuk yang kita letak dala fridge tu.
Sejuknya nyaman sekali & berbeza rasayanya. Kalau tak caya cuba try test tengok. Betoi tak orang Kuale?

Ha! Baru-baru nie makcik ada berjumpa dengan kawan makcik yang boleh supply labu sayong nie. Makcik pun dah order 3 bijik (Big,medium & small).
Harga ke tiga-tiga nie berpatutan. Nie makcik share kat sini gambag labu sayong yang makcik baru terima Live gitu :)



Nie gambar 3 serangkai Labu Sayong

 Large


 Medium

Small
Actually kawan makcik bagitau dia ada banyak jenis labu & not just labu untuk letak air jer. Untuk hiasan, lampu & pasu macam-macam lagi lah ada. So makcik dah suruh dia bawa sample kot ada sapa-sapa berminat sebab dia nie selalu balik Perak. So kalau sapa berminat boleh la makcik bagitau kat dia.
Tapi memang makcik rekemen la labu sayong nie sebab tak rugi beli & banyak khasiat. Makcik akan sentiasa ingat warisan tok nenek kita nie yang memang banyak kelebihannya.


Tuesday, December 14, 2010

LAGU TIGA KUPANG



HA!!! Sapa tak tau tiga kupang tu apa? Orang Utara kata tiga kupang tu tiga puluh sen. Tapi apa yang makcik yang kongsi hari ini, bukan pasal duit tiga kupang tapi pasal lagu tiga kupang. Pernah dengar tak lagu nie?



Lagu Tiga Kupang 

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung


Cuba click link nie & nyanyi sama-sama

Dulu masa sekolah rendah,memang cikgu ada ajar lagu nie.  Tapi masa tu nyanyi jer & tak pernah cuba memahami bait-bait lagu tu. Sekarang nie bila dengar lagu tu, ada juga makcik bertanya apa yang tersirat di sebalik Lagu 3 Kupang nie. 

Kalau diamati ianya mengenai betapa rakyat begitu menyanjungi & menyayangi rajanya di mana Enam ekor burung yang sedap dihadiahkan kepada raja. Kisah suri di dapur hanya makan roti gula & dayang yang bekerja pula dipatuk burung hitam itu menunjukkan pengorbanan & setianya rakyat kepada raja. Betapa simple tetapi penuh simbolik lagu yang digubah orang dulu & hanya bermula dengan idea 3 kupang aja. Tapi maknanya mendalam untuk diceritakan kepada generasi yang akan datang. 

Friday, December 10, 2010

Hantu Cina Lompat - Lompat

Layan pulak citer Cina kat dalam Coach nie. Citer Cina dulu-dulu, ada banyak Hantu Lompat. Saper peminat citer Cina masa sekolah dulu mesti ingat Citer nie. Ada tok bomoh suka lekat kertas Kuning kat dahi. Kelakar pun ada. Kalau kat Negara China ada hantu lompat-lompat kelakau gila, Kalau Kat Indonesia hantu Seram2 tapi kalau filem Orang Putih hantu dia comel2 macam Casper & hensem mcm Citer Ghost he!he!he!
Kat Malaysia nie patut ler banyak hantu berbagai rupa sebab berbilang bangsa :)
hmmmm... Kalau dah satu Malaysia, agak2 hantu tu satu style ler kot.

MY FAVOURITE CARTOON

Masa kecik-kecik makcik suka tengok citer kartun nie. Sebab dia cantik, baik & boleh tukar-tukar kejap jadi perempuan baik, kejap jadi perempuan yang versatile. Cuba teka citer aper.


He!he!he! ini bukan jem strawberry ker, jem buah-buahan, ini citer Jem & Hologram. 


Untuk gang-gang yang layan citer nie cuba tengok link nie:


Yer lah masa tu zaman 80an..peralihan teenagers, kita rasa nak jadi dewasa tapi kita sendiri tak tahu nak jadi aper. Bila tengok citer Jem nie kita rasa mampu nak buat macam-macam. 

Dari gadis yang lemah lembut nampak macam tak berdaya tapi mampu menjadi penyanyi yang hebat.





As usual, setiap yang baik mesti ada lawannya... & MISFITS adalah lawan or saingan JEM. Consider budak nakal yang selalu menganiayai JEM & Holograms.
Paling Best setiap cerita kartun cam nie mesti ada Heronya "REO" tapi hero tak  tahu makwe dia boleh tukar-tukar. So sweet ....


Kalau citer nie ada main kat TV, gerenti makcik tak miss. Bestnyer alam budak-budak tu kan. Berangan jer he!he!he! 

Monday, December 6, 2010

APA ADA PADA PERKATAAN...

Dok sembang-sembang dgn gang Beyond, tiba-tiba teringat citer-citer masa sekolah dulu. Korang mesti ada perkataan yang korang ingat dari dulu sampai sekarang mana asal usul perkataan tertentu kan.
Just nak share satu cerita ceritet:


Pada zaman dulu-dulu waktu orang puteh datang Tanah Melayu, depa selalu tengok orang Melayu main layang-layang. Bila depa tengok layang-layang tu naik tinggi depa terpegun lalu berkata "WOW!" Tapi Orang Melayu ingatkan Orang Puteh ni panggil layang-layang tu "Wau". Maka lekatlah nama Wau pada layang-layang tadi. Nak jadi kisah pulak bila layang-layang tu terjatuh atas pokok, Orang-Orang Melayu dok sebut "Kait!" "Kait" (suruh kait layang2 tu dari pokok). Bila Orang Puteh dengaq dia ingatkan si layang-layang tu "Kite" so dapatlah nama "Wau & Kite".




Lagi satu cerita gak pasal Orang Puteh nie, depa nie jugak suka jalan-jalan kat kampung tengok orang-orang Melayu menari. Tapi bila orang Melayu ajak join sekaki depa tak mau. Depa pun cakap "Wrong Gang". Yang Orang Melayu kita pulak ingatkan tarian yang depa dok menari tu Orang Puteh panggil "Ronggeng". Maka lekatlah nama tu sampai hari nie. 




Itu adalah sebahagian dari perkataan-perkatan yang dikongsi dari orang-orang lama yang mungkin tidak dibukukan tapi make sense untuk generasi baru fikirkan. Banyak perkataan kita hari ini di "direct translate" dari bahasa Inggeris tapi sebenarnya perkataan orang dulu-dulu especially negeri taklukan Inggeris memang mempunyai persamaannya contohnya orang Penang kata Beranda = Verandah, Kona = Corner, etc.. 
Jadi fikir-fikirlah mungkin banyak makna di sebalik setiap perkataan yang kita tuturkan seharian & memberi lain pengertian kepada setiap orang yang mendengarnya.