Cerita Ceritet

Cerita Ceritet
Citer aper ek

Tuesday, December 14, 2010

LAGU TIGA KUPANG



HA!!! Sapa tak tau tiga kupang tu apa? Orang Utara kata tiga kupang tu tiga puluh sen. Tapi apa yang makcik yang kongsi hari ini, bukan pasal duit tiga kupang tapi pasal lagu tiga kupang. Pernah dengar tak lagu nie?



Lagu Tiga Kupang 

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung


Cuba click link nie & nyanyi sama-sama

Dulu masa sekolah rendah,memang cikgu ada ajar lagu nie.  Tapi masa tu nyanyi jer & tak pernah cuba memahami bait-bait lagu tu. Sekarang nie bila dengar lagu tu, ada juga makcik bertanya apa yang tersirat di sebalik Lagu 3 Kupang nie. 

Kalau diamati ianya mengenai betapa rakyat begitu menyanjungi & menyayangi rajanya di mana Enam ekor burung yang sedap dihadiahkan kepada raja. Kisah suri di dapur hanya makan roti gula & dayang yang bekerja pula dipatuk burung hitam itu menunjukkan pengorbanan & setianya rakyat kepada raja. Betapa simple tetapi penuh simbolik lagu yang digubah orang dulu & hanya bermula dengan idea 3 kupang aja. Tapi maknanya mendalam untuk diceritakan kepada generasi yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment