Cerita Ceritet

Cerita Ceritet
Citer aper ek

Tuesday, December 21, 2010

LABU

Kalau sebut Labu, apa benda pertama bermain di fikiran korang semua?


Buah labu?


Serawa Labu? Serawa tu pengat yer.


Masak Lemak Labu 

OR.....


CITER LABU LABI :)


He!he!he! Kalau nak tau, nie ler cerita Seniman P.Ramlee yang makcik suka selain daripada citer Bujang Lapuk. Kalau nak tengok citer nie boleh ler beli CD or tengok jer kat You tube


Tapi hari nie nak citer pasal Labu lain, bukan pasal Mak Labu tapi pasal Labu Sayong. Tahu tak aper tu Labu Sayong? Saper orang Perak angkat tangan! Hmm... kalau tak tau memang bukan orang Perak.

Ha.. cuba baca petikan dari Wikipedia nie:

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjungpadisenduduklawangcengkih dan pucuk rebung.
Kalau nak tau lagi sila sambung di sini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Labu_sayong

Apa yang makcik nak kongsi adalah tentang khasiat labu sayong nie selain dari airnya yang sejuk semulajadi air dari labu sayong nie jugak boleh sejukkan badan kita dan juga boleh mengurangkan batuk kalau kita minum air nie waktu malam. Dulu-dulu tok nenek kita bantai air nie jer kalau rasa badan panas atau batuk-batuk. Maklumlah labu sayong nie dibuat dari tanah liat jadi banyak khasiat daripada mineral tanah liat nie. 
Airnya pulak sejuk oooo, sejuk dia lain dari sejuk yang kita letak dala fridge tu.
Sejuknya nyaman sekali & berbeza rasayanya. Kalau tak caya cuba try test tengok. Betoi tak orang Kuale?

Ha! Baru-baru nie makcik ada berjumpa dengan kawan makcik yang boleh supply labu sayong nie. Makcik pun dah order 3 bijik (Big,medium & small).
Harga ke tiga-tiga nie berpatutan. Nie makcik share kat sini gambag labu sayong yang makcik baru terima Live gitu :)



Nie gambar 3 serangkai Labu Sayong

 Large


 Medium

Small
Actually kawan makcik bagitau dia ada banyak jenis labu & not just labu untuk letak air jer. Untuk hiasan, lampu & pasu macam-macam lagi lah ada. So makcik dah suruh dia bawa sample kot ada sapa-sapa berminat sebab dia nie selalu balik Perak. So kalau sapa berminat boleh la makcik bagitau kat dia.
Tapi memang makcik rekemen la labu sayong nie sebab tak rugi beli & banyak khasiat. Makcik akan sentiasa ingat warisan tok nenek kita nie yang memang banyak kelebihannya.


1 comment: