tom tom bak
mak yong dedek
pecah sebiji tinggal serangkap
Rengke-rengke periuk
Periuk dari Jawa
Datang maksu cabuk
Hembuih api tak nyala
Nenek oh nenek
rumah nenek nak reban
Ghek ghek ghum
Ram Ram Pisang
Pisang masak layu
Jatuh dalam kubang
Sambag bapak Yu
Umbut-umbut nyoq
Belalang kodek-kodek,
Sapa mulut banyak
Orang tu kena cubit
Belalang kodek-kodek,
Sapa mulut banyak
Orang tu kena cubit
Betoi ka lirik nie? Chek cuba cari kat internet & wikipedia tak der pulak lagu nie. Last2 sekali chek kena recall balik masa chek nyanyi ngan gang2 kat kampung Permatang Kuang.I think I miss something. Sapa ingat bagitau yer!
Sebenagnya lagu nie bukan saja2 untuk nyanyi tapi satu permainan untuk kanak-kanak dengan hanya menggunakan tangan ajer. Actually bukan kanak-kanak pun boleh main. Satu family tau!
Tom Tom Bak
Tinggal serangkap
Rengkei-rengkei
Tujuan permainan nie nak test sapa yang paling lama boleh diamkan diri.
Bukannya aper kalau kat dalam rumah tu budak-budak suka buat bising & lari sana sini. So nenek kita yang creative nie come out with this game la. So lepas nyanyi lagu nie semua kena tahan tak leh cakap-cakap nanti kena cubit. Pandai betoi orang dulu-dulukan. Selain dapat control situation, save cost lagi tak yah nak beli-beli game. Lagipun selain mewujudkan suasana meriah dapat nyanyi bersama ahli keluarga , permainan nie juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Best part bila tahan mulut dari berbunyi & terlepas. Apa lagi kena cubit mau lagi hingag bunyinya he!he!he!
Aper kata, malam minggu nie cuba ajar anak-anak kita main lagu nie. Mesti depa suka!
Pernah dolu dolu main ngan kakak n abang...sampai merah2 tangan kena cubit...huhuhu
ReplyDeletecer tengok budak2 zaman sekarang tera ker tak. Silap2 mak dia lagi tera😱
ReplyDelete